Hey Mom, I love you so much (: You're the best mom ever. I'm sorry for being such a jerk to you lately and you know how bad am I to express my love to you. You know me the best right? *giggles* because i'm just like you. Happy Moms' Day. So I kissed you when you were cooking. heheh~
MAMAMAMAM
memasak
Bila dah semakin meningkat usia kena lah belajar macam-macam untuk masa depan kan? Hehe. Dah tentu lah memasak. *ohtakpandaimemasak* Ma cakap masa cuti ni lah nak belajar memasak kan? 4 bulan tu bukan sekejap, lama. Sementara tak busy belajar lah memasak. Nanti kahwin apa pun tak reti kan? Goreng telur ja la kat laki nanti. Setakat sekarang dah belajar 4 lauk favourite sendiri. Haha. Yang tu mesti la kan?
boyfriend
Tiba-tiba hari ni terdetik nak tanya Ma. "Kalau Along ada boyfriend Ma marah ka?"
Ma cakap "Bukan marah, takut nanti Along tu yang tak selesa. Masuk U nanti lagi ramai kawan kan? Masa kita kat U lah masa nak mencari kawan. Kalau dah ada boyfriend, mesti terbatas kan? Nanti nak kawan dengan orang tu, nanti ada yang jeles. Nanti apa pun tak jadi, nak susah hati nak jaga hati boyfriend tu pulak kan?"
*smiles* Ma, betul tu. Sebab tu kena cari yang memahami kan? Hee~
kesihatan
"Ma, Along sakit perut" :'(( Ish, mangada na. Ouh, peduli apa, ni mak kami. Biaq pi la kat kami. Heheh. Bila keluar ja ayat ni dari mulut, mesti Ma tanya. "Sakit yang macam mana ni?" "Ish, risau pulak aku, selalu sangat sakit perut." See..? To be honest my Mom bukan macam Mak2 orang lain. LOL. Bukan nya apa. Ma ni, kasar sikit orangnya. heheh. biasalah tomboy kampung kat Kuala Lipis tuuu.
Mom = Dad and Dad = Mom
Kalau nak tau, Ma lah orang yang paling susah nak tunjuk kasih sayang dia kat anak-anak terang-terangan. Kalau tanya kawan-kawan, hampa pi tadika kecik-kecik dulu sapa sikatkan rambut? Mesti la jawapan depa Mak kan? Tapi kami ni, dulu-dulu Ayah kami yang sikatkan. Terbalik kan? But, somehow even she didn't do that part when I was a little girl. She's still mom right? Lahirkan, susukan, dodoikan. That's the part which being a mother the most awesome ever. So I Love You Mom.
p/s : Mom, wait till I get my driving license. I'll drive you to the market every weekend (:
- Your Eldest Daughter-

0 comments:
Post a Comment